Thursday, October 14, 2010

Kedekut Lawan Berjimat Cermat

Masej dari Mentor Jutawan "Azizi Ali"

Sesetengah orang berpendapat kita perlu kedekut untuk menjadi kaya. Saya fikir orang yang sedemikian telah makan terlalu banyak tapai.

Realitinya kita semua mengukur tahap kedekut ini, dan lain - lain juga, dengan menggunakan kayu pengukur kita sendiri. Kita mengukur dengan menggunakan kayu skala peribadi kita. Jadi apa yang merupakan perbelanjaan yang penting bagi seseorang mungkin merupakan satu pembaziran bagi orang lain.

Sebagai contoh seseorang tak akan membelanjakan satu sen pun untuk menjadikan kereta mereka kelihatan lebih sporty. Apakah itu menjadikan mereka seorang kedekut? Sebahagian besar orang juga enggan mengadakan majlis keramaian setiap minggu? Apakah mereka kedekut? Sekali lagi jawapannya amat jelas iaitu tidak.

Jika anda menyimpan RM10,000 sebulan bila pendapatan anda ialah RM20,000, apakah itu kedekut? Sesetengah orang mungkin berpendapat demikian. Mereka juga terlupa anda juga berbelanja RM10,000 sebulan! Jika membelanjakan RM10,000 sebulan boleh dikatakan kedekut, maka 99 peratus daripada jumlah penduduk dunia adalah lebih kedekut daripada Haji Bakhil sebab mereka membelanjakan kurang daripada itu.


Pendapat Anda ?

Wednesday, October 13, 2010

Bagaimana Jutawan Tulen Hidup

Bagaimana agaknya manusia yang digelar jutawan hidup? Banyak orang beranggapan jutawan memandu kereta mewah yang besar, sentiasa naik turun kapal terbang, melancung keseluruh pelusuk dunia dan mengetuai perniagaan yang besar. Pendapat ini tidak silap.

Tetapi dari segi realitinya, hanya lima peratus sahaja jutawan yang hidup seperti itu! Dalam kata erti kata lain, kehidupan naik turun kapal terbang adalah satu ilusi. Diperagakan oleh Hollywood, para pengiklan dan pihak - pihak tertentu.

Secara realitinya, sebahagian besar jutawan mempunyai gaya hidup yang mudah dan sederhana. Ia dinyatakan dengan jelas dalam buku The Millionaire Next Door oleh Thomas J.Stanley danWilliam D.Danko. Mereka hidup dikawasan perumahan biasa, memandu kereta biasa dan mempunyai kerja macam orang lain. Pendeknya hampir segala - galanya mengenai mereka adalah biasa kecuali harta dan wang ringgit mereka. Itu yang luar biasa!





Pendapat Anda ?

Monday, October 11, 2010

Bicara santai " Buat Duit Simpan Duit" oleh Abg Abu & IK (bahagian 2)

Bersambung kita hari ini mengenai tips yang sempat Abg Abu kongsikan di Bicara santai "Buat Duit Simpan Duit". Dalam banyak - banyak soalan yang di utarakan oleh pendengar yang menghadiri talk tersebut kepada Abg Abu, terdapat satu soalan yang menarik perhatian saya. Soalannya ialah 

" Bagaimana Nak Kaya atau How To Get Rich "

Lalu dengan sepontan Abg Abu menjawab persoalan tersebut. Anda mahu kaya. Baiklah, salin tips ini;


G E T  R I C H
G = Get up early

E = Earn more than you spend

T= Train and learn yourself to master in 1 financial skill. Use it in your current situation


R = Resource Network (Build your own network)

I = Invest

C= Charity or give to other people

H = Habit

Pendapat Anda ?

Bicara santai " Buat Duit Simpan Duit" oleh Abg Abu & IK (bahagian 1)

Minggu lepas berlangsungnya bicara santai oleh Abg Abu & IK di Cititel Hotel. Walaupun sebok dengan jadual harian, amat rugi rasanya jika tak menghadiri talk tersebut yang bertajuk "Buat Duit Simpan Duit". Banyak tips - tips yang diberikan oleh IK untuk memajukan lagi perniagaan kita terutamanya Perniagaan Internet. Di tambah pula dengan talk secara selamba oleh abang abu mengenai kewangan.

Diantara tips yang diberikan oleh IK untuk memulakan perniagaan internet tanpa modal ialah:
  1. Sebelum kita memulakan apa jua bidang perniagaan, kita perlu lihat pada permintaan dahulu. Jika terdapat permintaan, baru sesuatu perniagaan itu boleh dilakukan. Ada satu cara jika kita hendak lihat permintaan dengan menggunakan Google. Pada search box, taip "Google Keyword Tool".  
  2. Bagi antara kita yang tidak mempunyai produk untuk diniagakan, anda boleh sertai Affiliate program untuk menjana pendapatan. Contohnya menyertai program affiliate MentorJutawanEbook. Klik disini untuk menyertai
  3. Selepas anda mempunyai produk untuk diniagakan (contohnya menyertai Program Affiliate), anda boleh membuat blog untuk memasarkan produk anda. Untuk pengetahuan anda unruk membuat blog adalah percuma. Anda perlu register di Blogger.com
Jadi,untuk memulakan perniagaan internet tanpa modal, anda hanya perlu mengikut langkah diatas.
    ps: Bahagian 2 Bicara santai " Buat Duit Simpan Duit" akan memberi tips dari Abang Abu pula. Nantikannya esok ...


    Pendapat anda ?

    Sunday, October 10, 2010

    Strategi Persaingan

    Dalam perniagaan sama ada kita suka atau tidak, persaingan tetap akan terjadi. Boleh dikatakan semua jenis perniagaan di dunia ini ada persaingan sama ada kecil atau besar sesuatu perniagaan itu. Salah satu contoh yang boleh saya  ambil ialah diantara perniagaan MLM. Dalam perniagaan MLM persaingannya sangatlah tinggi. Sebabya bukan sahaja persaingan antara perniagaan MLM sahaja tetapi juga persaingan diantara ahli – ahli upline dan downline sesebuah perniagaan MLM itu sendiri.
    Oleh kerana persaingan adalah tinggi, keuntungan yang diperolehi oleh sesebuah syarikat kadang kala adalah kurang baik. Jadi bagaimana untuk mengatasi masalah ini;
    “Satu cara yang terbaik untuk mengatasi masalah ini adalah dengan mencipta kelainan”
    Ya ,ciptakan kelainan daripada pesaing – persaing kita.   Walaupun produk perniagaan kita sama dengan pesaing kita, tetapi ciptakan kelainan dalam mempromosikan perniagaan kita.  Dengan ini perniagaan kita akan mendapat advantage untuk mendapat lebih ramai pelanggan.

    Pendapat Anda ?

    Wednesday, October 6, 2010

    Tip Penjimatan Duit

    Dalam menguruskan perbelanjaan harian kita, seringkali kita terlupa penjimatan boleh dilakukan dimana saja kita berada. Jika dirumah sebagai contoh, kita digalakkan menutup air semasa memberus gigi, tutup kipas jika tak digunakan dan sebagainya. Jika ditempat kerja pula, penjimatan boleh dilakukan sebagai contohnya menggunakan "double sided" printing untuk mencetak.

    Terbaca salah sebuah buku karangan Mentor Jutawan Azizi Ali dimana beliau menyenaraikan beberapa tips yang boleh diguna pakai untuk hidup seharian kita. Saya pun telah mempraktikkan tips yang diberikan, alhamdulillah hasilnya, saya dapat membuat penjimatan yang amat memberangsangkan.

    Antara tips-tips yang diberikan ialah:

    1. Hidupmengikut kemampuan
    2. Utamakan keluhuran
    3. Ubahsuai Rumah dengan bijak
    4. Usah beli aksesori kereta
    5. Beli kurang daripada apa yang termampu
    6.Guna kad kredit dengan bijak
    7. Beli barang yang bermutu
    8. Jangan buru fesyen
    9. Jangan buru aksesori
    10. Kurangkan panggilan Tel
    11. Beli Semasa kenyang
    12. Pilih kelengkapan diri yang lebih murah
    13. Pilih senaman yang termampu
    14. Elakkan pesanan Mel Televisyen
    15. Gunakan kemudahan perbankan internet.

    Pendapat Anda ?

    Friday, October 1, 2010

    Susu Dicampur Air

    Peristiwa ini berlaku semasa pemerintahan khalifah islam yang kedua selepas Rasulullah s.a.w iaitu Umar al-Khattab. Beliau sering membuat rondaan pada waktu malam dengan sebagai rakyat jelata untuk melihat sendiri nasib rakyatnya.

    Beliau pernah berkata " Allah akan bertanya kepada Umar akan tanggungjawabnya, hatta jika seekor kambing mati kelaparan di tebing Sungai Furat."

    Peringatan seksaan Allah
    Untuk mengingatkan beliau tentang tugas sebagai pemimpin yang sangat berat ini beliau sering ke tengah padang pasir pada waktu tengah malam. Disitu beliau meninggalkan jubahnya, lalu melukul belakang tubuhnya dengan seutas kayu hinngga berbekas.

    Perbuatan ini ialah untuk mengingatkan beliau tentang balasan seksaan Allah s.w.t bagi orang yang melalaikan tanggungjawab mereka.

    Tuhan tahu ibu...
    Satu malam beliau melalui sebuah rumah, lalu terdengar perbualan seorang ibu dan anak perempunannya yang masih kecil.

    Kata si ibu, "Engkau campurkan air ke dalam susu itu supaya kita bole menjualnya dengan banyak dan mendapat untung berlipat kali ganda."

    Jawab si anak,"Tak boleh ibu. Pebuatan ini tak amanah. Bukankah khalifah Umar al-khattab melarang umat Islam menipu?"

    Ibu memberi jaminan, "Kau jangan bimbang. Khalifah Umar tak ada disini dan dia tak akan tahu."

    Si anak menjab dengan penuh yakin, "Kalaupun khalifah Umar tidak tahu tetapi Tuhan Umar dan Tuhan kita semua tetap akan tahu. Bukankah Allah itu Maha Melihat lagi Maha Mendengar?"

    Jawapan itu menyebabkan ibu terperanjat dan timbul rasa insaf dalam dirinya.


    Pendapat anda ?

    Wednesday, September 29, 2010

    Sokongan Pasangan & Kaum Keluarga

    Bagi yang ingin memulakan perniagaan, adalah penting untuk mendapat sokongan padu daripada pasangan dan kaum keluarga. Di antaranya ialah:
    1. Bagi yang belum berumah tangga, untuk memulakan perniagaan perlu mendapat sokongan daripada ibubapa terutama bagi anak perempuan. Ibubapa perlu reda, yakin dan memberi sokongan terhadap apa yang diusahakan oleh anak - anak.
    2. Jika sudah berumah tangga, suami yang ingin berniaga terlebih dahulu perlu memberitahu atau berbincang dengan isteri supaya mendapat sokongan moral dan dalam pengetahuan isteri.
    3. Sebaliknya isteri yang ingin berniaga wajib meminta restu suami, supaya suami boleh memberikan sokongan moral dan material (mungkin), reda dengan kerjaya isteri, dapat memberi pandangan dan penilaidan boleh mengelekkan fitnah. Fitnah boleh berlaku kerana ketika berniaga, isteri akan berhubung dan berkomunikasi dengan pelbagai lapisan masyarakat dan pelanggan.
    4. Keluarga terdekat juga harus diberi maklumat. Kadang-kadang jaringat perniagaan (business networking) sering bermula dalam dalam kalangan keluarga terdekat. Banyak juga perniagaan yang berjaya diterajui oleh pasangan suami isteri, adik - adik, anak dan bapa, anak dan ibu, bapa saudara dan anak saudara atau sepupu.
    Pendapat anda ?


      Friday, September 24, 2010

      Profile Seorang Usahawan

      Menjadi seorang usahawan tidaklah semudah yang disangka. Banyak pengorbanan yang perlu bagi seseorang usahawan untuk maju kehadapan berbanding dengan usahawan yang lain. Terdapat beberapa kunci seorang usahawan yang perlu kita lihat untuk menjadi seorng usahawan.
      1. Setiasa Jujur
      2. Telus dalam sebarang tindakan
      3. Berdisiplin tinggi
      4. Sistematik dalam menjalankan kerja.
      5. Mesra dihadapan pelanggan
      6. Suka berjumpa dengan semua orang
      7. Mendapat sokongan pada daripada pasangan
      8. Sanggup dan sentiasa berkerja keras
      9. Memiliki bakat semula jadi
      10. Cinta kepada alam perniagaan
      11. Mampu menjadi ketua yang berkualiti
      12. Mempunyai daya saing yang tinggi
      13. Peka perbezaan anta rahmat dan istidraj
      14. Pandai mengurus diri serta cekap menguruskan perniagaan
      15. Bersedia membantu orang lain
      16. Tidak mementingkan diri sendiri
      17. Patuh perintah Allah SWT (Bagi umat islam)
      18. Sentiasa ceria dan bermotivasi tinggi
      19. Faham dam mengamalkan kaedah membuka pintu - pintu rezeki.

      Pendapat anda ?

      Wednesday, September 22, 2010

      Mengapa Anda Memulakan Perniagaan

      Anda telah nekad untuk memulakan perniagaan. Anda mengambil beberapa keputusan ini mungkin disebabkan beberapa faktor. Antaranya ialah

      • Anda ingin bergelar Jutawan
      • Anda ingin membebaskan diri daripada rutin kerja harian 9 pagi - 5 petang
      • Anda Ingin berubah angin
      • Anda ingin jadi bos sendiri
      • Anda lebih suka membuat apa yang anda mahu pada masa yang anda aturkan sendiri
      •  Anda ingin meningkatkan taraf hidup anda
      • Anda ingin menambah pendapatan
      • Anda bosan dengan kerja sekarang
      • Anda ingin membersihkan pendapatan anda kerana kerja anda sekarang terlibat dengan perkara yang haram atau syubahah 
      • Anda mempunyai barangan atau perkhidmatan yang anda rasakan sangat diperlukan oleh pengguna yang belum dipenuhi oleh orang lain.
      Pendapat anda ?


      Related Posts with Thumbnails