Showing posts with label Perniagaan. Show all posts
Showing posts with label Perniagaan. Show all posts

Thursday, October 14, 2010

Kedekut Lawan Berjimat Cermat

Masej dari Mentor Jutawan "Azizi Ali"

Sesetengah orang berpendapat kita perlu kedekut untuk menjadi kaya. Saya fikir orang yang sedemikian telah makan terlalu banyak tapai.

Realitinya kita semua mengukur tahap kedekut ini, dan lain - lain juga, dengan menggunakan kayu pengukur kita sendiri. Kita mengukur dengan menggunakan kayu skala peribadi kita. Jadi apa yang merupakan perbelanjaan yang penting bagi seseorang mungkin merupakan satu pembaziran bagi orang lain.

Sebagai contoh seseorang tak akan membelanjakan satu sen pun untuk menjadikan kereta mereka kelihatan lebih sporty. Apakah itu menjadikan mereka seorang kedekut? Sebahagian besar orang juga enggan mengadakan majlis keramaian setiap minggu? Apakah mereka kedekut? Sekali lagi jawapannya amat jelas iaitu tidak.

Jika anda menyimpan RM10,000 sebulan bila pendapatan anda ialah RM20,000, apakah itu kedekut? Sesetengah orang mungkin berpendapat demikian. Mereka juga terlupa anda juga berbelanja RM10,000 sebulan! Jika membelanjakan RM10,000 sebulan boleh dikatakan kedekut, maka 99 peratus daripada jumlah penduduk dunia adalah lebih kedekut daripada Haji Bakhil sebab mereka membelanjakan kurang daripada itu.


Pendapat Anda ?

Wednesday, October 13, 2010

Bagaimana Jutawan Tulen Hidup

Bagaimana agaknya manusia yang digelar jutawan hidup? Banyak orang beranggapan jutawan memandu kereta mewah yang besar, sentiasa naik turun kapal terbang, melancung keseluruh pelusuk dunia dan mengetuai perniagaan yang besar. Pendapat ini tidak silap.

Tetapi dari segi realitinya, hanya lima peratus sahaja jutawan yang hidup seperti itu! Dalam kata erti kata lain, kehidupan naik turun kapal terbang adalah satu ilusi. Diperagakan oleh Hollywood, para pengiklan dan pihak - pihak tertentu.

Secara realitinya, sebahagian besar jutawan mempunyai gaya hidup yang mudah dan sederhana. Ia dinyatakan dengan jelas dalam buku The Millionaire Next Door oleh Thomas J.Stanley danWilliam D.Danko. Mereka hidup dikawasan perumahan biasa, memandu kereta biasa dan mempunyai kerja macam orang lain. Pendeknya hampir segala - galanya mengenai mereka adalah biasa kecuali harta dan wang ringgit mereka. Itu yang luar biasa!





Pendapat Anda ?

Sunday, October 10, 2010

Strategi Persaingan

Dalam perniagaan sama ada kita suka atau tidak, persaingan tetap akan terjadi. Boleh dikatakan semua jenis perniagaan di dunia ini ada persaingan sama ada kecil atau besar sesuatu perniagaan itu. Salah satu contoh yang boleh saya  ambil ialah diantara perniagaan MLM. Dalam perniagaan MLM persaingannya sangatlah tinggi. Sebabya bukan sahaja persaingan antara perniagaan MLM sahaja tetapi juga persaingan diantara ahli – ahli upline dan downline sesebuah perniagaan MLM itu sendiri.
Oleh kerana persaingan adalah tinggi, keuntungan yang diperolehi oleh sesebuah syarikat kadang kala adalah kurang baik. Jadi bagaimana untuk mengatasi masalah ini;
“Satu cara yang terbaik untuk mengatasi masalah ini adalah dengan mencipta kelainan”
Ya ,ciptakan kelainan daripada pesaing – persaing kita.   Walaupun produk perniagaan kita sama dengan pesaing kita, tetapi ciptakan kelainan dalam mempromosikan perniagaan kita.  Dengan ini perniagaan kita akan mendapat advantage untuk mendapat lebih ramai pelanggan.

Pendapat Anda ?

Wednesday, September 22, 2010

Mengapa Anda Memulakan Perniagaan

Anda telah nekad untuk memulakan perniagaan. Anda mengambil beberapa keputusan ini mungkin disebabkan beberapa faktor. Antaranya ialah

  • Anda ingin bergelar Jutawan
  • Anda ingin membebaskan diri daripada rutin kerja harian 9 pagi - 5 petang
  • Anda Ingin berubah angin
  • Anda ingin jadi bos sendiri
  • Anda lebih suka membuat apa yang anda mahu pada masa yang anda aturkan sendiri
  •  Anda ingin meningkatkan taraf hidup anda
  • Anda ingin menambah pendapatan
  • Anda bosan dengan kerja sekarang
  • Anda ingin membersihkan pendapatan anda kerana kerja anda sekarang terlibat dengan perkara yang haram atau syubahah 
  • Anda mempunyai barangan atau perkhidmatan yang anda rasakan sangat diperlukan oleh pengguna yang belum dipenuhi oleh orang lain.
Pendapat anda ?


Related Posts with Thumbnails