Thursday, October 14, 2010

Kedekut Lawan Berjimat Cermat

Masej dari Mentor Jutawan "Azizi Ali"

Sesetengah orang berpendapat kita perlu kedekut untuk menjadi kaya. Saya fikir orang yang sedemikian telah makan terlalu banyak tapai.

Realitinya kita semua mengukur tahap kedekut ini, dan lain - lain juga, dengan menggunakan kayu pengukur kita sendiri. Kita mengukur dengan menggunakan kayu skala peribadi kita. Jadi apa yang merupakan perbelanjaan yang penting bagi seseorang mungkin merupakan satu pembaziran bagi orang lain.

Sebagai contoh seseorang tak akan membelanjakan satu sen pun untuk menjadikan kereta mereka kelihatan lebih sporty. Apakah itu menjadikan mereka seorang kedekut? Sebahagian besar orang juga enggan mengadakan majlis keramaian setiap minggu? Apakah mereka kedekut? Sekali lagi jawapannya amat jelas iaitu tidak.

Jika anda menyimpan RM10,000 sebulan bila pendapatan anda ialah RM20,000, apakah itu kedekut? Sesetengah orang mungkin berpendapat demikian. Mereka juga terlupa anda juga berbelanja RM10,000 sebulan! Jika membelanjakan RM10,000 sebulan boleh dikatakan kedekut, maka 99 peratus daripada jumlah penduduk dunia adalah lebih kedekut daripada Haji Bakhil sebab mereka membelanjakan kurang daripada itu.


Pendapat Anda ?

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails