Friday, October 1, 2010

Susu Dicampur Air

Peristiwa ini berlaku semasa pemerintahan khalifah islam yang kedua selepas Rasulullah s.a.w iaitu Umar al-Khattab. Beliau sering membuat rondaan pada waktu malam dengan sebagai rakyat jelata untuk melihat sendiri nasib rakyatnya.

Beliau pernah berkata " Allah akan bertanya kepada Umar akan tanggungjawabnya, hatta jika seekor kambing mati kelaparan di tebing Sungai Furat."

Peringatan seksaan Allah
Untuk mengingatkan beliau tentang tugas sebagai pemimpin yang sangat berat ini beliau sering ke tengah padang pasir pada waktu tengah malam. Disitu beliau meninggalkan jubahnya, lalu melukul belakang tubuhnya dengan seutas kayu hinngga berbekas.

Perbuatan ini ialah untuk mengingatkan beliau tentang balasan seksaan Allah s.w.t bagi orang yang melalaikan tanggungjawab mereka.

Tuhan tahu ibu...
Satu malam beliau melalui sebuah rumah, lalu terdengar perbualan seorang ibu dan anak perempunannya yang masih kecil.

Kata si ibu, "Engkau campurkan air ke dalam susu itu supaya kita bole menjualnya dengan banyak dan mendapat untung berlipat kali ganda."

Jawab si anak,"Tak boleh ibu. Pebuatan ini tak amanah. Bukankah khalifah Umar al-khattab melarang umat Islam menipu?"

Ibu memberi jaminan, "Kau jangan bimbang. Khalifah Umar tak ada disini dan dia tak akan tahu."

Si anak menjab dengan penuh yakin, "Kalaupun khalifah Umar tidak tahu tetapi Tuhan Umar dan Tuhan kita semua tetap akan tahu. Bukankah Allah itu Maha Melihat lagi Maha Mendengar?"

Jawapan itu menyebabkan ibu terperanjat dan timbul rasa insaf dalam dirinya.


Pendapat anda ?

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails